Tuesday, July 8, 2008

Kursus Senam Seni






Pada Tanggal 5 Julai yang lalu, SK Gangga, Beruas telah menganjurkan satu Kursus Pengenalan Kepada Senam Seni. Kursus ini adalah pusingan kedua siri Latihan Dalam Perkhidmatan Zon Beruas selepas Hari Profesional di SK Gelong Gajah.
Senam Seni adalah senaman ala senamrobik bermuzik tetapi lebih mirip kepada seni tarian tradisional Malaysia. Kursus ini yang dikendalikan oleg En. Suhaimi Zuber, PTP PKG Talang telah disertai oleh seramai 111 orang guru dari Zon Beruas.

Monday, June 30, 2008

Pameran PKG Beruas di Hari Koperasi SMK Changkat Beruas






Pada 28 Jun 2008 yang lalu, PKG Beruas telah turut sama memeriahkan sambutan Hari Koperasi SMK Changkat Beruas 2008 dengan mengadakan satu pameran tentang Teknologi Pendidikan dan Perkhidmatan yang tersedia di PKG Beruas.

Ruang pameran PKG Beruas telah mendapat sambutan dari bukan sahaja para guru, malahan dari para ibubapa yang mengunjungi Hari Koperasi tersebut.

Majlis Perasmian Bulan Bahasa, Sastera dan Budaya Daerah Manjung 2008










Pada 24 Jun 2008, Bulan Bahasa, Sastera dan Budaya Daerah Manjung 2008 telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Manjung, En. Salleh Sudin. Majlis telah dijalankan di Lumut Orchard Inn, Lumut.

Antara acara majlis tersebut yang mendapat perhatian hadirin adalah Ceramah Perdana oleh YBhg. Dato' Abdul Aziz Deraman, Mantan Ketua Penolong Pengarah DBP. Dalam ceramahnya, beliau telah menegaskan perlunya rasa cinta kepada kesusasteraan melayu diterapkan kepada para pelajar dari usia yang muda. Pengarah DBP telah diwakili oleh Puan Khairiyah Ghazali, Ketua Unit Sastera, DBP Wilayah Utara.

Majlis juga telah diserikan dengan persembahan para pelajar SK Pengkalan Baharu dan SMK Raja Shahriman, Beruas.

Pada sebelah petang hari yang sama, Kursus Bersahabat Dengan Kamus telah dijalankan. Ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Perancang Bahasa, Bahagian Perkamusan, DBP, Dr. Fadzilah Jasmani.

Wednesday, June 18, 2008

Kursus Asas Flash CS3















S
eramai 3 orang guru J-Qaf dari kelompok PKG Beruas telah mengikuti Kursus Asas Flash CS3 yang telah berjalan dari 16 hingga 18 Jun 2008. Mereka telah disertai oleh para guru dari sekolah-sekolah dalam PKG Beruas, menjadikan jumlah peserta seramai 9 orang.

Tunjukcara telah disempurnakan oleh En. Adenan Morad, PTP PKG Parit dan En. Abdul Rahman Yahaya, PTP PKG Lenggong.

Tuesday, June 10, 2008

Bengkel Pembinaan Blog







Perkembangan teknologi terkini telah membolehkan pertukaran idea dan BBM di kalangan guru dengan lebih luas. Demi membantu mencapai tujuan tersebut PKG Beruas telah menganjurkan satu Bengkel Pembinaan Blog pada 11 Jun 2008. Seramai 9 orang guru dari kelompok PKG Beruas telah turut serta dalam Bengkel tersebut.

Bengkel Fail Tegak





Dalam usaha berterusan untuk menggalakkan para guru untuk menghasilkan BBM, PKG Beruas telah menganjurkan Bengkel Fail Tegak pada 10 Jun 2008. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh GPM dalam kelompok Beruas.
Tunjuk cara telah diberikan oleh Puan Sharimah Haniff, GPM SK Beruas. Hasil perbengkelan akan menyertai Pertandingan Anugerah Teknologi Pendidikan Negeri Perak 2008.

Thursday, May 22, 2008

Kursus Asas Berita







Seramai 9 orang GPM dalam kelompok PKG Beruas telah menyertai Kursus Asas Berita, pada 20 hingga 22 Mei 2008.

Tuan Haji Abd Razak Hussain, seorang pemberita yang berpengalaman luas telah berkongsi ilmu kewartawanannya yang telah ditimba sepanjang tempoh 22 tahun bertugas dengan Utusan Malaysia dan sekarang sebagai seorang wartawan bebas.
Para peserta juga diberi pendedahan dalam teknik-teknik penggunaan kamera digital dan juga perisian Picasa.

Wednesday, May 21, 2008

Hari Profesional 2008

Pada 10 Mei 2008, sejumlah 8 sekolah-sekolah rendah di kelompok Beruas telah bergabung untuk menjalankan Hari Profesional 2008 di SK Gelong Gajah. SK Dendang, SK Beruas, SK Gangga, SK Kg Kota dan SK Gelong Gajah telah disertai oleh SJK C Pei Ching, Beruas dan SJK T Beruas.


Pengisian telah disampaikan oleh En. Shuhaimi Zuber, PTP PKG Talang berupa ceramah dan tunjukcara, 'Penggunaan Puppet dalam Pengajaran dan Pembelajaran'. Di akhir sesi bengkel, para peserta telah mempersembahkan hasil perbengkelan kumpulan masing-masing.

Bengkel Pembinaan Modul Literasi MS Office





















PKG Beruas bersama Jawatankuasa Latihan dan Penghasilan telah menganjurkan satu Bengkel Pembinaan Modul Literasi MS Office, dari 7 hingga 30 April 2008, dalam tiga peringkat.
Dalam peringkat pertama pada 7 hingga 9 April, para peserta telah menghasilkan Modul MS Powerpoint. Pada peringkat kedua, dari 14 hingga 16 April, mereka telah menghasilkan Modul MS Excel. Pada peringkat ketiga, pada 28 hingga 30 April, para guru tersebut telah menghasilkan Modul MS Word.

Seramai 9 orang Guru Penyelaras Bestari dalam kelompok PKG Beruas telah menyertai bengkel tersebut. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Nazzir Hussain Bin Mydeen, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Beruas.